Friday, September 18, 2009

Program perumahan: Penempatan semula penduduk Rumah Hijau, Butterworth




Dilaporkan di Sinar Harian.

127 penduduk terima tawaran rumah

AMPANG JAJAR - Seramai 127 penduduk penduduk kawasan Rumah Hijau, Mak Mandin menerima tawaran pampasan rumah di Rumah Pangsa Taman Ampang Jajar, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, meskipun pada mulanya penduduk kawasan itu bertegas untuk tidak berpindah dari kawasan petempatan asal mereka namun sambutan yang menggalakkan kelihatan pada sesi pengundian di pekarangan Taman Ampang Jajar.

Menurutnya, sesi pengundian untuk penghuni Rumah Hijau dibuka dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan ada penghuni yang menolak tawaran pampasan wang tunai dan rumah yang ditawarkan melalui Jabatan Daerah dan Tanah menerima tawaran Kerajaan Negeri.

“Saya tahu mesti ada sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati dengan tawaran ini dan cuba mempengaruhi penduduk lain tapi kita akan fokus pada majoriti dahulu.

“Kita juga masih mempelawa mana-mana penduduk yang ingin berbincang dengan ADUN kawasan atau pengerusi Kerajaan Negeri berhubung hal pampasan tetapi sudah tentu pampasan yang lebih tinggi tidak akan ditawarkan lagi kerana ini merupakan pampasan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi pengundian rumah di Taman Ampang Jajar, di sini, semalam.

Hon Wai berkata, sijil menduduki rumah di Taman Ampang Jajar ini berada pada tahap terakhir kelulusan dan kelulusan teknikal didapati untuk projek itu.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penduduk terdapat rekahan di rumah itu, Hon Wai berkata, penduduk Rumah Hijau mendakwa begitu kerana mereka yang selama ini tidak pernah tinggal di perumahan tinggi berasa risau untuk tinggal di bangunan tinggi.

“Dakwaan itu adalah disebabkan rasa takut kepada bangunan tinggi dan sekiranya terdapat rekahan sudah tentu kawasan ini tidak dapat lulus ujian teknikal.

“Sekarang hanya perlu melalui proses undang - undang, yang terakhir untuk memperoleh sijil menduduki,” katanya.

Hon Wai berkata, selepas mendapat sijil menduduki, kita akan menyerahkan kunci rumah kepada penghuni Rumah Hijau dan proses itu akan dijalankan secara berperingkat.

“Penduduk yang enggan menerima tawaran buat masa sekarang rasanya akan menukar pendapat mereka selepas melihat jiran lain menerima tawaran rumah dan wang pampasan.

“Mereka mempunyai masa untuk berfikir sehingga penduduk lain menerima kunci rumah dan selepas kunci rumah diserahkan, pemaju akan merobohkan petempatan Rumah Hijau dan selepas itu mereka yang harus bertanggungjawab kepada keputusan mereka,” katanya.

Menurutnya, penduduk rumah yang tidak hadir pada sesi pengundian untuk menerima tawaran rumah boleh menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (SPU), di talian 04 5759963 atau berjumpa dengan pegawai, Rizal Kamis, Seri Banun Mohd Said dan Mohamad Fuad Mahmod.

“Saya berpendapat penduduk Rumah Hijau faham keadaan Kerajaan Negeri dan akan bekerjasama menerima tawaran ini. Wang pampasan yang dipohon oleh mereka iaitu, RM100,000 tidak mampu ditunaikan,” katanya.


As reported in Nanyang Siang Pau

仅小部分不同意搬迁 麦曼珍青屋127户抽签 2009/09/16 12:53:53
●南洋商报

(北海15日讯)众多麦曼珍青屋区居民出席在安邦惹惹花园举行的抽签仪式,令青屋区居民不满州政府赔偿方案的言论不攻自破!


据了解,青屋区总共有249户居民,目前已有127家进行抽签仪式。在249户居民中,有22户人家是诉求金钱赔偿,另外20户是租户。

上述抽签仪式是在周二,上午10时举行,截至上午11时,已有50名居民,到该地点进行抽签。当一大清早,青屋区居民就云集在抽签地点,令118居民签名不同意州政府的赔偿方案一事,似乎不成立。

上述签名运动是由青屋区居民协会举行,当时总共有118名青屋区居民不愿意迁往安邦惹惹花园组屋,他们的意愿是希望州政府能赔偿10万令吉,或在原地建组屋,供居民居住。

但以今日居民出席抽签的状况,似乎大部分居民都同意迁往安邦惹惹花园组屋居住,连部分签名不同意搬迁者,也到达现场进行抽签。

槟州行政议员黄汉伟抵步抽签场地视察,受到媒体询问时说,今天有众多居民出席抽签仪式,印证了大部分居民同意州政府的赔偿方案,仅有小部分居民不同意搬迁方案。

可联络3官员抽签

他说,安邦惹惹组屋的申请入伙准证事宜,已进入最后阶段,相信在短期内,此组屋的入伙准证就会批下。

“待入伙准证批下后,当局将会移交单位钥匙予青屋区的居民。”他说,今天相信有小部分的居民,没有出席抽签仪式,他们可能住惯平地屋,对于居住高楼仍不习惯吧。

“如错过今天抽签仪式者,可联络3名政府官员,进行抽签的事宜,他们是力查、斯蒂峇旺及莫哈末法兹,联络电话为04-5759963。”

被询问及那些不同意州政府赔偿方案者,州政府会作出什么安排。他说,在开斋节后,州政府将会统计抽签者的人数,那些不同意赔偿方案者,州政府将给予一个限期,给予该群人士考虑。

No comments: